Rabu, 9 Januari 2019


Bijinya seperti buah getah tetapi lebih kecil iaitu sebesar syiling 10 sen. Benih pokok ini dikenali sebagai biji kastor dan sebenarnya berasal daripada Mesir , India dan ia juga boleh ditemui di sekitar kawasan tropika seperti China, Brazil, serta Thailand.

Anggaran pengeluaran dunia bagi biji kastor adalah 1.5 juta tan setahun India adalah pengeluar terbesar biji kastor di dunia sejak 120 tahun dahulu sementara China pengeluar kedua terbesar dan pengeluarannya dikawal kerajaan China sementara Thailand turut tersenarai antara pengeluar terbesar dunia sejak pokok kastor mula ditanam di negara itu 30 tahun dahulu.


Pokok castor atau nama saintifiknya Ricinus communis adalah spesies pokok berbunga dari keluarga Euphorbiaceae. Dikenali sebagai pokok jarak di negara ini, kastor merupakan salah satu tanaman yang bakal mencetuskan fenomena pertanian baru kepada petani


Tidak semua pokok castor yang ditanam dapat menghasilkan peratus minyak yang tinggi
seperti yang dikehendaki. Sebagai contoh, spesies tempatan memiliki biji benih yang kecil justeru ia tidak sesuai ditanam untuk tujuan komersial. Negara kita menggunakan benih pokok kastor hibrid yang diimport terus dari China yang mana buahnya lebih besar